Saranan 1 :
Sebenarnya saya juga pernah berkali-kali berada di situ. Namun demikian setiap kali jatuh kita akan mempelajari sesuatu darinya. Terus terang dari kajian saya yang saya lakukan kebanyakan pelabur yang melabur tak punya ilmu serta pengalaman dalam bidang pelaburan atau dalam ertikata lain melabur dalam keadaan BUTA. Keadaan inilah yang menyebabkan kita mengalami kerugian.
Kalau kita ambil strategi pelaburan Warren Buffet pelabur terkaya di dunia kita akan mendapati yang beliau akan membeli saham yang mana perniagaannya kukuh dan berpotensi kemudian akan memegangnya untuk satu jangkamasa yang panjang.
Apapun di sini dalam blog ini saya akan cuba membantu sedikit sebanyak untuk memberikan kefahaman serta ilmu melabur ini dengan harapan ia akan dapat membantu anda membuat keputusan yang bijak dan berhemah sebelum melabur.
Satu yang perlu saya nyatakan di sini ialah dari kajian, fakta sejarah dan pengalaman mereka yang pakar, Analisis Fundamental dan Financial selalunya akan lebih menguntungkan kalau dibandingkan dengan Analisis Teknikal. Ini kerana semua institusi kewangan di dunia ini menggunakan analisis Fundamental dan Financial ini untuk membuat keputusan dalam pelaburan.